Nuffnang Ads

Sunday, May 29, 2011

Derma Darah

31 May 2011 adalah hari kempen derma darah kat kolej PTPL Terengganu..aku mmg menunggu hari tersebut..Knp?????? ade 3 sebbb kot..ala,3 sebab je ke? hahaha...ade byk lagi..tp 3 sbb ni yg penting..


Pertama 31 ni adalah hari pendaftaran sempena semester baru..so semestinye semua member-member aku akan datang jugak kan..yela,kene daftar.. jadi dapat la jumpe dengan member yang sekian lame menghilangkan diri menjalankan hidup masing..hahaha..tak sabar nak start kelas..bosan duh duk umah je...




Kedua 31 ni hari kempen derma darah kan?? so aku ni mmg suke derma darah..xtau knp..tp mmg best la derma darah ni..1st time derma nak terkucil tengok jarum..bapak besar!! skrng,alahai..siap tengok lagi jarum tu masuk dlm urat..bukan nak menunjuk aku berani tapi derma darah ni orang kate bertambah sihat dan makin berisi..ish aku ni dh la kurus kering..derma banyak kali..tak jugak berisi..hmmm..dh la org disinun pun cekeding mcm aku gak..haha..ade kaitan ke?? lalalala..xtau..org disinun jgn marah.








Ketiga haaaaaaaaaaa!!!!! sebab ketiga ni best...nak tau kenapa?? hehehehhee..sebabkan org disinun AJK kempen derma darah,jadi semestinye dye akan ade..ToingToing!! sukenye.....dapat la jumpe..pewiit!! huhu,rindu bangat sama dye...yelakan,cuti sem bukan dapat jumpe pon.. kiteorang ni bukan jenis suke2 kua umah ngayap sane sini x tentu hala..ade tujuan baru bleh jumpe..mcm baru-baru ni piknik bersame mentor..baru bleh jumpe.


.KESIMPULAN
cewah..macam buat report la plak..kesimpulannye dapat derma darah,daftar sem baru,jumpe org tersayang..


P/S : Miss u Always
Thanks For Reading..

Saturday, May 28, 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

Kredit to tentang cinta 
http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/9-sebab-hubungan-tidak-mampu-bertahan/
Thanks For Reading..